7 Herba Pilihan Terbaik

  • admin
  • 21/10/2024
  • Comments Off on 7 Herba Pilihan Terbaik
  • Uncategorized
  1. Morinda Citrifloia (Mengkudu)
  2. Zingiber Officinale (Halia Padi)
  3. Orthosiphon Stamineus (Misai Kucing)
  4. Eurycoma Longiflia (Tongkat Ali)
  5. Phaleria Macrocarpa (Mahkota Dewa)
  6. Smilax Myosotiflora (Ubi Jaga)
  7. Polyalthia Bullata (Baginda Ali)

KHASIAT MENGKUDU

  1. Buah dan daun: Direbus dan diminum untuk melembutkan kulit, melawas buang air kecil dan besar, melawas haid dan mengeluarkan toksin.
  2. Air rebusan buah atau jus buah: Diminum untuk merawat batuk, asma, bengkak limpa, membunuh cacing dalam perut dan usus, diabetes, disenteri, hepatitis dan melancar pengaliran darah.
  3. Daun: Direbus dan diminum sebagai tonik, merawat demam panas dan mengetatkan tisu. Pes daun boleh ditampal pada bisul, gatal-gatal, luka, nanah, psoriasis dan ulser. Daun dipanaskan diletakkan pada dada untuk melegakan batuk, rasa mual, bengkak limpa dan kolik.
  4. Kulit kayu: Direbus dan diminum untuk merawat cirit birit.
  5. Akar: Direbus dan diminum sebagai antibiotik, antiseptik, tonik, menguatkan badan, ubat demam panas, merawat disenteri, pendarahan dalam, kaku, buasir, sesak nafas, pendarahan dalaman, membunuh cacing dalam perut dan usus, mengurangkan tekanan pada arteri dan tekanan darah tinggi.

ANTARA KEBAIKAN HALIA PADI

  • Membuang angin
  • Membantu menghadamkan makanan
  • Menguatkan tenaga batin
  • Mengawal demam
  • Meredakan batuk
  • Mengatasi migrain
  • Mengurangkan sakit gigi
  • Meringankan sakit tulang
  • Mengatasi sengugut
  • Meredakan sesak dada

KHASIAT MISAI KUCING

Digunakan secra tradisional untuk:-

  • Kencing manis
  • Gout
  • Buah pinggang
  • Batu karang
  • Kolestrol

Cara Rawatan Guna Pokok Misai Kucing

  1. Ambil segenggam daun misai kucing
  2. Rebus dengan 5 cawan air dalam 15 hingga 20 minit
  3. Minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan

KHASIAT TONGKAT ALI

Malaysia terkenal dengan kepelbagaian herba ubatan yang digunakan sejak turun-temurun lagi. Antara yang terkenal dan digunakan secara meluas di dalam produk ubat tradisional serta minuman ialah Tongkat Ali.

Di Malaysia terdapat 4 spesies herba yang dikenali sebagai Tongkat Ali iaitu:

  1. Eurycoma longifolia (famili Simaroubaceae)
  2. Eurycoma apiculata (famili Simaroubaceae)
  3. Polyathia bullata (famili Annonaceae)
  4. Goniothalamus sp. (famili Annonaceae)

Walau bagaimanapun, spesies Eurycoma longifolia merupakan spesis yang paling banyak digunakan dan artikel ini akan difokuskan kepada spesies ini.

Eurycoma Longifolia Jack

Di Malaysia, ia turut dikenali sebagai: bedara merah bedara pahit bedara puteh lempedu pahit pasak bumi payong ali petala bumi penawar pahit tongkat ali tongkat baginda setunjang bumi Kegunaan Etnobotani Hampir keseluruhan bahagian herba ini digunakan secara tradisional untuk tujuan perawatan. Namun begitu, akar adalah bahagian yang paling kerap digunakan.

Secara tradisional, akar Tongkat Ali digunakan untuk melegakan/merawat:

  • demam
  • selepas melahirkan anak
  • bisul (boils)
  • ulser sifilis
  • gusi berdarah kesakitan disenteri pembengkakan kelenjar (glandular swelling)
  • tonik

Kajian Ke Atas Aktiviti Farmakologi Seiring dengan perkembangan teknologi kesihatan, pelbagai kajian telah dijalankan untuk membuktikan kegunaan akar Tongkat Ali daripada segi saintifik. Ia bertujuan untuk mengumpulkan maklumat komposisi kimia, aktiviti biologi dan farmakologi, data pre-klinikal (toksikologi) dan data klinikal.

Antara kajian farmakologi yang telah dijalankan ke atas akar Tongkat Ali ialah:

  • Aktiviti Antimalaria
  • Aktiviti Antikanser
  • Aktiviti Afrodisiak
  • Aktiviti Antidiabetis
  • Aktiviti Anziolitik (Kumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, sukar tidur dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama.)
  • Aktiviti Antiosteoporosis

Untuk orang yang sihat, cadangan pengambilan bagi ekstrak air akar Tongkat Ali dalam bentuk freeze-dried ialah 50-200 mg.

Kesimpulan

Tongkat Ali merupakan khazanah herba negara yang tidak terbanding nilainya. Ia telah digunakan secara sejak turun-temurun bagi perubatan tradisional untuk melegakan pelbagai penyakit. Penggunaannya adalah secara meluas dalam penghasilan produk ubat tradisional serta minuman komersial dalam skala yang besar.

10 KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

Berikut merupakan senarai kebaikan buah mahkota dewa terhadap kesihatan.

1. Bersifat anti kanser

Di dalam perawatan kanser, daun dan buah pokok mahkota dewa dikatakan telah digunakan sekian lama untuk merawat kanser seperti kanser payudara dan tumor otak. Kajian menemukan penggunaan suplementasi buah mahkota dewa bersama adriamycin cyclophosphamide (AC) dapat menghasilkan kesan yang sinergi di mana gabungan ini dapat mengurangkan perkembangan tumor di dalam sel payudara. Kandungan phalerin, gallic acid dan ekstrak metanolik semipolar buah ini yang menyumbang kepada sifat anti kanser ini.

2. Bersifat anti-hiperglisemia

Hiperglisemia adalah salah satu keadaan di mana gula di dalam darah melebihi paras normal dan hal ini dapat mendatangkan mudarat terhadap kesihatan. Kajian menemukan bahawa buah mahkota dewa mempunyai sifat anti-hiperglisemia di mana ekstraknya ditemui dapat menurunkan paras gula di dalam darah selepas makan. Kebolehan untuk menurunkan paras gula ini ditunjukkan oleh ekstrak n-butanol buah mahkota dewa yang belum ranum dan telah ranum.

3. Menurunkan paras kolesterol

Kolesterol di dalam badan manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kolesterol baik dan kolesterol tidak baik. HDL merupakan antara kolesterol baik di dalam badan manakala LDL dan TG merupakan antara contoh kolesterol yang tidak baik. Kandungan alkaloid, saponin, polifenol dikatakan mampu untuk mengawal paras kolesterol di dalam darah.

4. Bersifat anti bakteria

Kajian menemui bahawa daun dan biji mahkota dewa mempunyai sifat anti bakteria kerana kandungan komponen flavonoid, saponin, polifenol dan tanin di dalamnya dapat mencegah aktiviti bakteria gram positif seperti Bacillus cereus, Bacillus subtilis, Eschericia coli dan lain-lain. Antara mekanisma yang dijalankan oleh komponen berkhasiat buah mahkota dewa adalah menyekat penghasilan asid nukleik, metabolisma tenaga dan lain-lain. Namun harus diingat, biji buah mahkota dewa adalah beracun.

5. Anti radang dan inflamasi

Buah mahkota dewa turut ditemui mempunyai sifat anti inflamasi. Hal ini kerana ianya mengandungi terpenoid, tanin, flavonoid dan fenol. Ekstrak metanolik semipolar  buah mahkota dewa ditemui dapat menyekat inflamasi dengan menyekat COX2-mRNA dan mengurangkan penghasilan prostaglandin E2. Proses-proses inilah yang berjaya untuk mengurangkan inflamasi dan keradangan.

6. Bersifat antioksida

Spesis oksigen reaktif dan radikal bebas merupakan antara penyebab berlakunya tekanan oksida yang menyebabkan kerosakkan pada sel tubuh. Ekstrak buah mahkota dewa ditemui bersifat antioksida kerana kandungan flavonoid dan fenolik yang terkandung di dalamnya.

7. Mengawal tekanan darah

Tekanan darah tinggi adalah apabila tekanan yang dikenakan terhadap salur darah melebihi paras normal. Daun dan buah mahkota dewa telah digunakan sekian lama untuk merawat masalah yang berkaitan dengan salur darah kerana ianya berkebolehan untuk mengembangkan salur darah lalu menurunkan paras tekanan. Kaemferol dan icariside merupakan komponen yang mampu untuk mencegah tekanan darah tinggi ini.

8. Meningkatkan kesuburan

Satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan untuk mengkaji kesan buah mahkota dewa terhadap kesuburan dengan menganalisa aktivit sperma. Kajian tersebut telah mendapati bahawa pemberian buah mahkota dewa dapat meningkatkan bilangan sperma haiwan yang terlibat di dalam kajian berkenaan.

9. Melindungi hati

Untuk mengkaji kesan pengambilan buah mahkota dewa terhadap kesihatan hati, kajian terhadap haiwan telah dijalankan. Pemberian air ekstrak buah mahkota dewa ditemukan dapat mencegah fibrosis yang disebabkan oleh CCL4. Hal ini kerana aktviti antioksida dan anti radang yg terdapat padanya di mana aktiviti ini mengurangkan pengaktifan HSC dengan mengurangkan fibrogenic cytokine TGF-β1.

10. Mengurangkan paras asid urik

Peningkatan paras asid urik di dalam darah sering dikaitkan dengan penyakit gout di mana pesakit gout akan mengalami kesakitan dan inflamasi di kawasan-kawasan sendi badan seperti sendi di bahagian jari. Kajian menemukan bahawa ekstrak buah mahkota dewa dapat menurunkan paras asid urik di dalam darah. Kesimpulanya, terdapat pelbagai kebaikan yang ditawarkan oleh buah mahkota dewa terhadap kesihatan. Namun haruslah diingat, sebelum mengamalkan apa-apa jenis perubatan, nasihat dari pegawai perubatan haruslah diperolehi terlebih dahulu kerana dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan.

10 KHASIAT UBI JAGA

1. Menjaga Kesihatan Mata

Seperti yang telah diketahui umum, vitamin A memainkan peranan penting dala menjaga kesihatan mata. Ubi Jaga mengandungi iaitu beta-karotin yang akan ditukarkan kepada vitamin A, sebatian antioksidan yang berperanan dalam kesihatan mata, pertumbuhan tulang dan kesihatan sistem imunisasi.

Vitamin A turut membantu dalam menghalang bakteria dan virus daripada menjangkiti melalui permukaan mata, membran mukus dan kulit. Vitamin A membantu dalam merawat mata kering. Satu kajian menunjukkan bahawa ubat titik mata yang mengandungi vitamin A sangat efektif dalam merawat sindrom mata kering tanpa perlu penggunaan ubat titik mata yang khusus untuk merawat mata kering.

Selain itu, vitamin A mengurangkan risiko kehilangan daya penghilatan disebabkan oleh degenerasi makular.

2. Menurunkan Berat Badan

Ubi Jaga yang merupakan sumber  tumbuhan  herba membantu dalam menurunkan berat badan. Ini kerana Ubi Jaga mengandungi jumlah kalori yang rendah. 1g Ubi Jaga memberikan jumlah kalori sebanyak 0.86 kCal sahaja. Jika dibandingkan dengan jenis ubi yang lain seperti ubi kentang, ubi keledek dan sebagainya, kandungan kalori dalam Ubi Jaga adalah yang paling rendah. Jadi, tidak peliklah apabila Ubi Jaga menjadi pilihan golongan yang berdiet.

3. Meningkatkan Sistem Imunisasi

Selain daripada menjaga kesihatan mata, Ubi Jaga yang mengandungi vitamin C membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi. Vitamin C adalah antioksidan yang berperanan sebagai pertahanan imunisasi dengan melawan radikal bebas dalam badan.

Vitamin C mengurangkan risiko seperti kanser, sakit jantung dan strok dengan melawan patogen dan melindungi daripada tekanan oksidatif daripada persekitaran. Vitamin C akan berkumpul pada sel darah putih, sel yang berperanan untuk melawan mikroorganisma. Vitamin C juga menggalakkan proses apoptosis iaitu membunuh sel yang berbahaya apabila jangkitan berlaku dalam badan ataupun membunuh sel kanser daripada membahagi.

4. Mengurangkan Paras Kolesterol

Antioksidan dalam Ubi Jaga membantu dalam menghalang molekul kolesterol dalam darah daripada bertukar menjadi bahan yang akan membentuk plak dalam didning ateri dan menghalang pengaliran darah. Selain itu, antioksidan membantu dalam mengurangkan paras kolesterol jahat (LDL-kolesterol) dalam badan.

Menurut kajian, terapi antiokisdan menunjukkan perubahan positif yang lebih ketara dalam kalangan pesakit yang tinggi kolesterol.

5. Mencegah Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah penyakit yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Menurut Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi II, sebanyak 24% kematian di Malaysia disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Salah satu langkah untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dengan mengamalkan pemakanan yang rendah natrium dan tinggi kalium. Ini kerana natrium yang tinggi akan menyebabkan tekanan darah tinggi. Namun demikian, kalium bertindak bertentangan dengan natrium.

Kalium akan merembeskan natrium daripada badan melalui air kencing. Kalium turut membantu untuk mengurangkan tekanan pada dinding saluran darah yang membantu untuk menurunkan tekanan darah. Ubi Jaga adalah salah satu contoh makanan yang tinggi kalium dan rendah natrium yang baik dalam mencegah tekanan darah tinggi.

6. Menjaga Kesihatan Jantung

Pengambilan Ubi Jaga mebantu dalam meningkatkan kesihatan jantung. Ini kerana Ubi Jaga membantu dalam mengawal tekanan darah. Kajian menunjukkan Ubi Jaga mampu mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak 10 mata. Selain itu, Ubi Jaga yang tinggi dengan kalium akan mengurangkan paras kolesterol dalam badan.

Ubi Jaga membantu dalam mengurangkan paras kolesterol jahat (kolesterol-LDL). Ini akan mengurangkan risiko terjadinya sakit jantung. Seterusnya, kalium dalam Ubi Jaga membolehkan jantung untuk berdegup pada ritma yang sekata.

7. Membantu Sistem Pencernaan

Ubi Jaga merupakan sumber serat yang baik yang memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Ubi Jaga akan menghalang daripada pengambilan makanan secara berlebihan dan secara tidak langsung, membantu dalam mengurangkan berat badan.

Serat dalam Ubi Jaga dipanggil sebagai kanji penahan dimana ianya memberikan khasiat sama seperti serat larut dan serat tidak larut. Kanji penahan bermaksud, serat ini menghasilkan gas yang lebih sedikit daripada serat yang lain. Ini akan mengelakkan daripada kembong perut.

Sama seperti serat larut, kanji penahan dalam Ubi Jaga bertindak sebagai prebiotik, makanan untuk bakteria baik dalam usus besar. Ubi Jaga juga menghalang dan merawat masalah sembelit dan sindrom iritasi usus, peranan yang dimainkan oleh serat tidak larut.

8. Meningkatkan Fungsi Otak

Kajian menunjukkan bahawa fungsi otak akan berkurangan dengan peningkatan usia. Penuaan akan memberi kesan kepada molekul, sel, vaskulatur, morfologi kasar dan kognisi. Peningkatan umur menyebabkan otak kita mengecut iaitu secara spesifiknya, pada bahagian korteks hadapan.

Ini menyebabkan tekanan darah meningkat, meningkatkan risiko stok dan pembentuk jirim putih. Pengambilan makanan yang tinggi dengan anthocyanin akan meingkatkan fungsi otak dengan merangsang kebolehan belajar, memori dan kemahiran motor.

Ubi Jaga mengandungi anthocyanin dan para pengkaji menyatakan bahawa pengambilan Ubi Jaga secara konsisten (dua hingga tiga kali seminggu) akan meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit dementia ataupun dipanggil sebagai nyanyuk.

9. Mencegah Penyakit Kanser

Berdasarkan kajian, antioksidan berpotensi dalam mencegah penyakit kanser. Radikal bebas yang tidak stabil akan menyebabkan kerosakan pada DNA sel dalam badan. Ini menyebabkan pembentukan kanser. Badan kita menghasilkan radikal bebas apabila kita bernafas atau melakukan aktiviti fizikal.

Badan kita akan terdedah kepada persekitaran yang bertoksik seperti asap rokok, pencemaran udara dan sinaran ultra unggu matahari. Radikal bebas akan bergerak bebas dalam badan dan menyebabkan keradangan yang kronik.

Antioksidan bertindak dengan mengenal pasti radikal bebas dan meneutralkan kesan yang berbahaya. Ini akan membantu mengekalkan kesihatan sel badan dan mengurangkan risiko terjadinya kanser. Antioksidan ini dapat diperoleh melalui pemakanan seperti Ubi Jaga.

10. Membantu Masalah Ketidaksuburan

Ubi Jaga juga berperanan dalam membantu para pesakit yang mengalami ketidaksuburan terutamanya dalam golongan lelaki. Ini kerana Ubi Jaga membantu dalam memanjangkan dan melebarkan zakar iaitu seperti dalam kajian, sebanyak 13 cm.

Ubi Jaga juga mengandungi bahan semulajadi yang meningkatkan pengaliran darah. Selain itu, Ubi Jaga mengandungi bahan metabolit yang penting untuk membersihkan saluran vein yang penuh dengan toksin. Ini akan membolehkan vein membekalkan darah kepada zakar dan membantu zakar untuk menghasilkan lebih banyak sperma yang berkualiti.

Kesimpulan

Sebagai penutup, Ubi Jaga merupakan  tumbuhan  herba dimana setiap komponen tumbuhan ini boleh dijadikan sebagai bahan dalam perubatan yang memberikan pelbagai khasiat kepada tubuh badan. Sebagai contoh, merawat penyakit mandul, meredakan demam, melegakan batuk, merawat penyakit kulit dan banyak lagi.

Akan tetapi, sebelum mengamalkan pengambilan Ubi Jaga dalam kehidupan seharian sebagai asbab untuk merawat dan menghalang penyakit, amat disarankan bagi para pembaca untuk merujuk doktor terlebih dahulu. Ini kerana walaupun Ubi Jaga memberikan kebaikan kepada tubuh badan, seandainya pengambilan itu melebihi dos yang dibenarkan, ianya mungkin akan menghasilkan kesan sampingan.

KHASIAT HERBA BAGINDA ALI

  • Berkesan untuk merawat masalah batu karang, kencing manis
  • Berkesan untuk merawat lenguh sendi dan kebas kaki dan tangan
  • Berkesan untuk merawat masalah asma/lelah serta angin ahmar
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Memberi tenaga tambahan bagi mereka yang mudah letih dan lesu