TELAH TERBUKTI MELALUI PENYELIDIKAN SAINTIFIK MAMPU MENJADI PENAWAR KEPADA PELBAGAI MASALAH KESIHATAN
✅Penemuan Kajian Saintifik
Kunyit Hitam atau nama saintifiknya, kaempferia parviflora merupakan tumbuhan herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia.
Lazimnya, kunyit hitam telah lama digunakan oleh masyarakat tempatan secara tradisional untuk masalah kesihatan berkaitan kanser, saraf dan membina otot.
Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut
✅Pasukan Penyelidik MARDI
“kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang unik iaitu bioaktif methoxyflavon yang sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit”
– Dr. Zuraida Ab Rahman
✅KHASIAT KUNYIT HITAM
- Antioksidan
Khasiat utama kunyit hitam ialah mempunyai bahan antioksidan yang dapat menghalang kerosakan sel dalam badan yang disebabkan oleh radikal bebas yang berlebihan daripada persekitaran. Proses ini penting bagi mencegah rantaian tindak balas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan masalah kesihatan.
Pembentukan radikal bebas yang berlebihan boleh berlaku atas beberapa faktor seperti asap rokok, pencemaran udara, paras gula yang tinggi dalam darah disebabkan kencing manis - Kesan Anti-Radang
Kunyit hitam tinggi dengan bahan anti-radang. Keradangan adalah tindak balas normal dalam tubuh badan yang menghalang jangkitan serta kecederaan. Walau bagaimanapun, radang yang kronik berisiko menyebabkan kenaikan berat badan serta masalah kesihatan yang lain.
Contohnya pesakit gout yang tinggi asid urik dalam badan akan mengalami radang yang tinggi apabila terbentuknya kristal urik hingga mencucuk daging pesakit. Keadaan ini sangat menyeksakan jika tiada rawatan mengawal radang.
Bahan anti-radang kunyit hitam ini akan membantu merawat punca dan tidak hanya menghilangkan sakit yang sementara saja. Sebaliknya ia akan meneutralkan radang/bengkak di bahagian yang sakit tadi. - Melancarkan peredaran darah
Satu kajian telah menunjukkan bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah. Kunyit hitam mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat.
Bila saluran darah sihat, keadaan inilah yang memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan yang mana badan akan dapat berfungsi ditahap optimal seterusnya meningkatkan fokus, tenaga meningkat, imunisasi badan meningkat untuk melawan penyakit. - Melancarkan Haid
Kunyit hitam mengandungi bahan semulajadi untuk melancarkan haid. Kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna-warna darah haid yang tidak normal dan masalah sindrom pra-haid seperti perut kembung.
Perubatan tradisional telah menggunakan kunyit hitam untuk melancarkan haid. Kunyit hitam akan dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam periuk mengandungi air. Setelah air mendidih, air tersebut perlu diminum dan amalan ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang baik. - Meningkatkan Mood
Kunyit hitam dapat meningkatkan tahap dopamin supaya dapat membangkitkan perasaan yang ceria. Dopamin adalah hormon pengendali emosi yang dirembeskan semasa pengalaman positif seseorang. Tahap dopamin yang meningkat dapat memberikan perasaan bahagia dan gembira terhadap seseorang.
Oleh itu, herba kunyit hitam sangat bagus untuk melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang melampau (anxiety). Kunyit hitam juga mampu membantu untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak.
Satu kajian yang dijalankan terhadap rizom kunyit hitam menunjukkan bahawa komponen di dalam tumbuhan ini mampu melindungi fungsi otak daripada sebarang gangguan.